Member seangkatan

Sabtu, 12 Mac 2011

Knight Templar.....

Mungkin ramai yang tidak mengetahui mengenai Knight Templar dan mungkin juga ada segelintir antara kita yang mengetahui serba sedikit mengenai Knight Templar ni. So aku nak berkongsi serba sedikit la mengenai Knight Templar ni....
 


Menurut thamrong salah seorang user CARI Malay Forum`s Archiver, Knight bermaksud Ksatria atau hulubalang kristian yang memakai baju besi dan menungang kuda di zaman perang salib (crusade). Templar berasal dari ayat Temple atau Gereja. Mereka dipanggil Knights of the Templar kerana selepas pihak ikatan Kristian dapat menawan Jurusalem dari Islam. Ksatria-ksatria ini telah menghuni di tapak `Temple of the Solomon` atau kuil nabi Sulaiman. Selama beberapa tahun selepas perang salib berakhir Knight of The Templar telah muncul sebagai satu ode yang berpengaruh di Eropah. Meereka telah menawan hati dan mempengaruhi kuasa-kuasa temporal disitu kerana Templar adalah satu gerakan yang sungguh kaya. Ini kurang disenangi oleh kuasa gereja Katolik yang diketuai oleh Pope. Dengan menggunakan muslihat konspirasi, akhir golongan Templar telah pupus dan mengikut cerita, gerakan ini masih wujud sebagai  `fratenity rahsia`.     

 

 Knight Templar adalah suatu pakatan rahsia yang diusahakan oleh organisasi atau pergerakan pada asasnya memberi impak dan kesan yang besar terhadap awal Zaman Pertengahan. 

 
Menurut buku The Knight Templar karangan Harun Yahya Knight Templar adalah satu organisasi rahsia in mula terdedah kepada dunia dunia selepas terjadinya Perang Salib yang pertama (Crusade War), Bermula dari masa itu, politik ketika Zaman Pertengahan di negara-negara Eropah telah berubah secara drastik di bawah pengaruh mereka .  Pada awal kemunculannya,kewujudan Knights Templar adalah untuk mempertahankan kesucian agama Kristian. Mereka menggunakan apa yang dinilai manusia ketika itu sebagai jalan menghampiri ketuhanan, namun dalam masa yang sama berlaku suatu perubahan dalam kepimpinan gereja bagi menjaga nilai-nilai kemurnian agama Kristian, dimana mereka telah mencampurkan ritual-ritual dan pengamalan yang berunsurkan kesyaitanan. Doktrin ini telah membangkitkan semangat benci dan  ingin menguasai masyarakat seterusnya menjajah ideologi agama Kristian. 

Menurut kajian telah mencatatkan bahawa Knight Templar ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1307. Pemerhatian yang dijalankan berdasar kepada dokumen-dokumen dan kajian mengenai gerakan ini melalui beberapa sumber sejarah menunjukkan bahawa golongan Templar telah terpesong dari tujuan asal mereka,mereka telah menjadi manusia yang tidak bertata susila, kekecelaruan di dalam pemahaman dan pembelajaran agama  dan terpesong identiti sebenar sebagai pengamal agama Kristian. Golongan Templar sebenarnya telah memikirkan segala kemungkinan-kemungkinan yang bakal terjadi berdasarkan kaedah-kaedah agama Kristian sendiri, pengalaman dan keperitan di dalam peperangan mengajar suatu perkara baru iaitu mendapatkan kekayaan  dan menguasai tahkta pemerintahan yang tidak terbatas, kerana itulah apa yang diusahakan oleh mereka adalah menanamkan keimanan yang penuh kerahsiaan, pengamalan agama yang menelirukan dan ritual-ritual yang diajarkan berlandaskan kegelapan iaitu di bawah pengaruh syaitan. 



Dikatakan Kabalah, Knight Templar dan Freemason adalah satu cabang yang sama. Dimana Kabalah muncul pada zaman pemerintahan Firaun. Knight Templar pada Zaman Pertengahan Eropah. Freemason adalah pada zaman Millenium.

Selain itu juga, menurut buku Harun Yahya ini menyatakan bahawa asal-usul golongan ini telah bermula semenjak tradisi kabbalah di zaman Firaun iaitu sezaman dengan Nabi Musa. Ia telah dipelopori oleh ahli sihir pada zaman itu. Tugas mereka adalah untuk menghalang manusia daripada menyembah Tuhan yang Esa. Fahaman mereka adalah berpaksi kepada Humanisme iaitu semua perbuatan adalah dilakukan oleh manusia. Dikatakan fahaman mereka telah dibukukan dan disimpan di peramid-piramid.
 Sebenarnya bukan semua Firaun berada dalam kesesatan, ada juga Firaun yang mengamalkan ajaran Tauhid ( kalau tidak sailap Akhnatun). Namun telah dibunuh oleh pembesar-pembesar yang berada dalam kesesatan.






Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...